Saturday, November 29, 2014

Mengimbau Kembali Hari Pertamaku

Pada hari pertama pendaftaran pelajar tahun satu, masa tu aku tidak tahu selok belok Universiti Malaysia Kelantan. Sampai tersesat nak cari tempat berdaftar. Berpusing kebelakang dewan terbuka, sebab tak tahu mana tempat daftar. Masa datang tu pun tak perasan kawasan asrama tu yang sesat sebab tempat daftar kat kawasan asrama. Then, bertanya lah dengan staf yang ada, yelah kalau tak tanya habislah tak berdaftar sampai ke malam aku buatnya, datang jauh-jauh then tak daftar pulak kan pelik tu hahahaha. Then dah tahu tempat nak daftar lepas tanya orang, kalut aku dibuatnya. Berjalanlah aku keseorangan untuk mendaftarkan diri, tulis nama then serahkan borang segala borang yang dia nak aku bagi. Sampailah aku dapat kunci bilik, aku suruh pakcik temankan untuk meninjau bilik aku ni macam mana je, strategik ke tak, hahahaha sebab aku tak ada pengalaman semua ni. Jumpalah seorang roomate aku sorang, tanya juga nama tapi tak ingat dah lepas tanya tu, hahahaha adatlah nak mengingat masa mula-mula ni. Lepastu dah tinjau pergilah makan dulu then baru masukkan barang-barang ke dalam bilik. Betapa beratnya lahai beg-beg yang aku bawak tu naik ke tingkat Aras 2 ni hahahaha.

Masa masukkan barang, aku tak jumpa roomate yang aku jumpa tadi dan tak kenal lagi 2 orang roomate aku. Masa tu tertanya-tanya juga, siapalah roomate aku. Sampaikan siapa yang terserempak kat tangga time nak bawak naik beg fikir 'ni ke roomate aku?' hahahaha. Dah masukkan semua, ada pulak annoucement suruh kumpul kat dewan. Bergegas aku ke dewan and bernasiblah jumpa teman untuk pergi sesama ke dewan nama dia Yan.

Masa kat dewan dengarlah taklimat apa je yang perlu dilakukan malam tu. Then kena keluar pulak pergi bawah sky umbrella, ok jujur masa tu jakun jugak hahahaha. Time kat bawah sky umbrella tu lah baru aku jumpa roomates aku. Even diaorang dah kenalkan nama tapi aku masih lagi tak ingat, blurr... hahaha tak mengapa permulaan kan. Lelama kenal lah jugak.... roomates semua bawah aku, diaorang lepasan Matrik. Tak kisahlah kita kan perpaduan, tak kira usia. So peace...


Gambar : Inilah roomates saya, Suhaida (tudung itam), Hajar (tudung oren), & Diyana (tudung brown)

1 comment:

  1. Casino Games - Bonus Offers & Codes
    Find the 샌즈카지노 best Casino Games with the best Bonus Offers 2021 ▷ See 인카지노 Casinow.com Casino Bonuses 2021 ▷ Get Latest Promotions! Rating: 4 바카라 · ‎Review by CasinoRewards

    ReplyDelete