Saturday, November 29, 2014

Kerinduan

Setelah beberapa hari masuk semula UMK selepas cuti raya haji lepas, perasaan rindu aku semakin membuak-buak. Menangis hati ini untuk diluahkan secara terang-terangan huahuahua. Aku rindukan atok & nenek aku. Hummm setelah 19 tahun umur aku, mereka lah yang sentiasa ada untuk aku. Kini aku terpaksa melangkahkan kaki ku ke tempat lain. Betapa sukarnya diri ini bila terpaksa meninggalkan orang yang kita sayang, orang yang sudah lama jaga aku. Berat hati ini bila diaorang tiada lagi untuk aku kat sini. Kalau dulu aku selalu bergelak tawa, keluar jalan-jalan, berbelanja sama-sama dengan atok & nenek. Betapa bertuahnya aku dapat atok & nenek seperti mereka, tiada orang yang dapat gantikan tempat mereka. Bila berjauhan begini, barulah aku rasa macam-macam pasal diaorang. Daripada aku darjah 1, atok hantar aku pergi sekolah rendah naik motor. Ya Allah, terkenang semua tu membuatkan aku rindu untuk berjauhan dengan mereka. Namun, sempat aku untuk membalas jasa mereka sebelum aku pergi meninggalkan mereka. Aku dapat juga hantar atok pergi kemana sahaja dia nak pergi, aku dapat juga buat apa yang nenek suruh buat. Sebab aku tahu mereka sangat memerlukan aku disaat itu, namun setelah aku pergi meninggalkan mereka, aku terfikir sejenak siapa lagi yang dapat buat semua tu kalau aku tak ada? Tapi apa yang aku dapat buat, aku terpaksa fikir demi masa hadapan aku. Walau aku tiada disisi diaorang tapi aku mengharapkan yang terbaik mereka kat rumah sana.


Gambar : Masa atok aku terlantar kat hospital sebab ada kuman di jantung dan menyebabkan kekerapan batuk yang tak sembuh.

1 comment:

  1. Lucky Club: Play Blackjack Online for Free or Real Money
    Play Online Blackjack for Free. No Download, Registration, No Deposit Required, Free Spins, No Deposit Required. All Blackjack Games. luckyclub No download required,

    ReplyDelete