Monday, August 3, 2015

Tahun Satu di Universiti Malaysia Kelantan

Assalammualaikum w.b.t 

For this entry, sis akan ceritakan serba sedikit pasal UMK kepada bakal-bakal mahasiswa UMK yang baharu, so junior yang nak tahu pasal UMK ( Universiti Malaysia Kelantan ) haaa ... maghi lerr bace sini. Mana tahu dapat tahu pasal UMK dapatlah adik-adik ( aiceh adik pulak, ahak ) cerita macam mana keadaan or situasi nanti masa pendaftaran, kelas, bilik dan sebagainya pada mak ayah kan. At least adik-adik tahu lah 'oooo macam ni gupenye UMK.' Series sis cakap, dulu masa sis masuk jadi blurr... Yelah first time jauh dengan family, kekawan yang rapat. So from this entry adik-adik tak lah blurr macam sis nanti. In sha Allah semoga Allah permudahkan. 


Universiti Malaysia Kelantan 

UMK ada 3 cawangan :

1- UMK Pengkalan Chepa (PC) - FKP
2- UMK Bachok - FTKW
3- UMK Jeli

Ketiga-tiga kampus tersebut adalah berlainan lokasi. Sis merupakan mahasiswi UMK PC. UMK PC merupakan U yang berdekatan dengan lapangan terbang, bandar, restoran-restoran dan supermarket yang dikenali Pantai Timur (PT). Bagi sis beruntung dan bersyukur dapat di sini sebab banyak mulut-mulut UMK Bachok dan UMK Jeli berada di kawasan yang jauh untuk ke bandar atau shopping mall. Yelah bukan nak kata nak berbelanja ke apa, tapi kemudahan untuk memperoleh sesuatu barang dengan mudah, itu sahaja, so tak risau lah kalau pasal nak makan ke or nak beli barang. 

Okey adik-adik akan terpegun dengan dewan UMK PC. Kalau kelas pula, adik-adik boleh bayangkan rumah kedai 2 tingkat yang selalu ada kat pekan-pekan tu, atas dan bawah adalah kelas untuk sesi pembelajaran dan pemeriksaan. For me, tak kisah lah macam mana pun U tuh, even tak semegah-megah U meletop-top tu, kelas pun nampak lecturer kat bawah tapi kat UMK PC tak sebegitu rupa, its fine lah as long we can studies. Ilmu ni tak kisah macam mana pun persekitarannya tapi untuk mendapatkan keberkatan ilmu itu adalah penting. Dun worry adik-adik dapat rasa juga kelas yang nampak lecturer kat bawah, nampak je banyak kelas macam kat sekolah tapi ada lah satu kelas yang nak fe-felling U top-top. Okey kat bawah ni sis bagi gambar rajah hasil lukisan sendiri untuk adik-adik supaya dapat membayangkan kampus UMK PC ni okey.


pelan pandangan dari atas umk



Pendaftaran dan Bilik

Okey, based on surat tawaran yang adik-adik dapat di Kampus PC ada macam-macam kos kan, ada :

SAP  (Pelancongan), 
SAR  (Peruncitan / Retail), 
SAH  (Hospitality), 
SAK (Commerce), 
SAW (Wellness), 
SAL  (Logistic), 
SAB (Banking).

Alright, then based on adik-adik punya kos ada masa yang telah ditetapkan untuk sesi pendaftaran, so just follow the instruction yang telah diberi. Ikut time yang ditetapkan, bawak segala dokumen yang telah di listkan oleh pihak U dengan lengkap okey supaya tak mengelabah bila satu dokumen tu tak ada, so standby memang pen sekali sebab nanti fasilitator yang jaga nak mintak adik-adik tulis nama sebab sudah hadir untuk mendaftar dan macam-macam lagi borang yang nanti nak ditulisnya. ( so prepare pen sendiri mana tahu kot-kot dakwat pen facy tu habis ).

Okey masa pendaftaran ni, adik-adik akan terus mendaftar nama untuk mendapatkan kunci bilik. Lepas dah dapat kunci bilik boleh lah adik-adik pergi jenguk bilik yang ditetapkan. So, adik-adik boleh lah panggil family pergi tengok sama-sama bilik adik-adik tuh, kemas barang sesama, pasang cadar, susun makanan, susun baju-baju kat almari. Selesai je adik-adik buat semua tu, kalau tak ada pengumuman apa-apa pergilah beli pape dulu dekat pasaraya yang dekat tuh, tak yah pergi jauh-jauh. Kalau rasa tak ada apa-apa nak beli pergilah ajak family makan-makan dulu, nikmati lah makan bersama-sama sebelum kena tinggalkan tsk..tsk..chill lah, demi pengorbanan kita sebagai anak, jauh sekejap untuk menimba ilmu dan mencapai kegemilangan demi masa hadapan bukan sahaja untuk diri malah untuk keluarga kita yang banyak berjasa dengan kita. Bereh.. Then bila pengumuman mahasiswa kena kumpul di dewan, adik-adik kena lah pergi, bye parents <3 .

Dekat bawah ni sis tunjuk kan situasi kedudukan di dalam bilik yang bakal adik-adik menetap. Dalam bilik dibenarkan hanya 1 iron dan heater. Tapi awal-awal mana kita nak tahu kan bakal roomate kita tuh ada ke tak iron or heater. Nak senang bekalkan siap-siap sendiri, sekiranya ada boleh lah suruh parents bawa balik rumah semula, its easy. Printer? Kalau macam sis ni jauh sangat asalnya nak ke UMK, so sis prepared printer sendiri untuk kegunaan sekiranya perlu. Ramai kata yang tak boleh, habis kalau kita dah urgent nak print out our assignment how? Kedai? Tarikh dah lah serentak hantar, lainnya senior yang nak print lagi. Pandai-pandailah simpan (sorok) kalau ada spot-check. Tapi dun worry lah, kita tahu mana keperluan yang kita perlu bawa kan.



3M - Minggu Mesra Mahasiswa ( orientasi macam kat sekolah dulu )

Minggu mesra mahasiswa dilaksanakan selama seminggu, so adik-adik be prepare dengan baju formal lah, yang lelaki baju kemeja, tali leher dan seluar slack then yang perempuan pulak baju kurung. For non-muslim, use kemeja or blouse. Ouh ya, kasut make sure yang bertutup ye untuk minggu mesra mahasiswa ni. For those yang ada sakit-sakit tu jangan lupa bawa ubat bersama and please inform to facy. Anything inform pada facy mana yang alahan okey jangan sembunyikan kalau tak padah pada diri sendiri. 

Program ni sepenuhnya under ahli jawatan kuasa tertinggi di UMK. Jadi kawalan ketat lah, adik-adik kena ikutlah apa yang facy-facy tu suruh buat. Makan dun worry disediakan sepanjang program dilaksanakan. Dalam dewan adik-adik mesti bosan punya, mengantok semua ada... bawa lah buku, pen, bekalan gula-gula dan air supaya dapat kunyah-kunyah sambil salin nota penting. Masa awal-awal tu tak dibenarkan langsung keluar kemana-mana, termasuklah nak pergi beli barang. Jangan jadi macam sis, kasut terkopak-kopak, tak ada gam gajah pulak, dah kena pakai kasut jalan terseret-seret. So prepare memanglah gam gajah tuh.

Sepanjang program dilaksanakan juga, adik-adik akan menjalani sesi mengenal PA (personal assisstant) supaya sebarang pertanyaan boleh lah adik-adik ajukan pada PA memasing. PA akan ditentukan oleh pihak U sendiri. The same time, adik-adik juga akan memilih dan menentukan aktiviti ko-kurikulum sendiri.


Pemilihan dan Penentuan Aktiviti Ko-kurikulum

Sebelum adik-adik nak pilih aktiviti koko, sesi pendedahan akan dilaksanakan semasa program 3M. So adik-adik boleh lah tanya sebarang kemusykilan yang menjadi tanda tanya kepada adik-adik sendiri. Bagi pendapat sis lah, kalau boleh tetapkan aktiviti koko adik-adik untuk semester pertama yang berat-berat. Maksud yang berat means yang banyak kena buat latihan or kertas kerja. Kenapa? Sebab semester pertama adik-adik akan belajar subjek yang asas, seperti :

                                                 Asas Keusahawanan
                                                 Asas Pengurusan
     SEMESTER 1                    Mikroekonomi
                                                 Hubungan Etnik
                                                 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (titas)
                                                 Bahasa Inggeris I

                                                                         

Okey subjek asas atas tuh, 3 teratas (Asas Keusahawanan, Asas Pengurusan dan Mikroekonomi) ada dua sesi iaitu kelas lecture dan tutorial. Jadi bagi subjek Hubungan Etnik dan TITAS tiada kelas tutorial. So tak lah adik-adik terasa beban dengan assignment antara subjek dan koko. Kalau adik-adik pilih koko yang berat time semester 2, takot adik-adik tak dapat handle dengan dua tangan sahaja, sebab semester 2 semua subjek ada kelas lecture dan tutorial. Ini pula subjek untuk semester 2 :

                                                 Bahasa Inggeris II
                                                 Gelagat Usahawan
    SEMESTER 2                     Makroekonomi
                                                 Perakaunan
                                                 Prinsip Pemasaran
                                                 Matematik Perniagaan

Based subjek yang telah diketahui, boleh lah adik-adik prepare buku-buku form6 or matrik untuk diguna pakai. Alternatif lain, kenal-kenal lah senior untuk dapatkan atau beli buku-buku diaorang, at least dapatlah adik-adik jimat beli kat kedai kan.





1 comment:

  1. kak..terbaik laa untuk perkongsian tq..saya..memang dah plan..nak masuk umk pc.. amik kos logistik..in sha Allah..

    ReplyDelete