Saturday, November 29, 2014

First Time Dapat Album

Erkkk... tajuk bunyi jakun nih. Hahahaha... Jujur lah memang pertama kali aku dapat beli album daripada artist ni, live pulak tuh. Alhamdulillah, keterujaan aku hanya Allah sahaja yang tahu. Kalau ditakdirkan dapat beli lagi satu hari nanti, in shaa Allah. Terima kasih kepada kumpulan Hilwan yang sudi datang ke Universiti Kelantan sempena Pesta Konvokesyen. Okey kepada yang tengah jenguk blog ini, marilah pakat-pakat dapatkan album diaorang di pasaran dengan harga RM15.90. Segala penyampaian lagu yang didendangkan dapat memberi ikthibar kepada semua.



Gambar : Ni lah album Hilwan tu... meyh lah dapatkan di pasaran yang berdekatan dengan anda.



Gambar : Okey ni live show diaorang buat persembahan kat pentas PESKO 2014 UMK

Kerinduan

Setelah beberapa hari masuk semula UMK selepas cuti raya haji lepas, perasaan rindu aku semakin membuak-buak. Menangis hati ini untuk diluahkan secara terang-terangan huahuahua. Aku rindukan atok & nenek aku. Hummm setelah 19 tahun umur aku, mereka lah yang sentiasa ada untuk aku. Kini aku terpaksa melangkahkan kaki ku ke tempat lain. Betapa sukarnya diri ini bila terpaksa meninggalkan orang yang kita sayang, orang yang sudah lama jaga aku. Berat hati ini bila diaorang tiada lagi untuk aku kat sini. Kalau dulu aku selalu bergelak tawa, keluar jalan-jalan, berbelanja sama-sama dengan atok & nenek. Betapa bertuahnya aku dapat atok & nenek seperti mereka, tiada orang yang dapat gantikan tempat mereka. Bila berjauhan begini, barulah aku rasa macam-macam pasal diaorang. Daripada aku darjah 1, atok hantar aku pergi sekolah rendah naik motor. Ya Allah, terkenang semua tu membuatkan aku rindu untuk berjauhan dengan mereka. Namun, sempat aku untuk membalas jasa mereka sebelum aku pergi meninggalkan mereka. Aku dapat juga hantar atok pergi kemana sahaja dia nak pergi, aku dapat juga buat apa yang nenek suruh buat. Sebab aku tahu mereka sangat memerlukan aku disaat itu, namun setelah aku pergi meninggalkan mereka, aku terfikir sejenak siapa lagi yang dapat buat semua tu kalau aku tak ada? Tapi apa yang aku dapat buat, aku terpaksa fikir demi masa hadapan aku. Walau aku tiada disisi diaorang tapi aku mengharapkan yang terbaik mereka kat rumah sana.


Gambar : Masa atok aku terlantar kat hospital sebab ada kuman di jantung dan menyebabkan kekerapan batuk yang tak sembuh.

Mengimbau Kembali Hari Pertamaku

Pada hari pertama pendaftaran pelajar tahun satu, masa tu aku tidak tahu selok belok Universiti Malaysia Kelantan. Sampai tersesat nak cari tempat berdaftar. Berpusing kebelakang dewan terbuka, sebab tak tahu mana tempat daftar. Masa datang tu pun tak perasan kawasan asrama tu yang sesat sebab tempat daftar kat kawasan asrama. Then, bertanya lah dengan staf yang ada, yelah kalau tak tanya habislah tak berdaftar sampai ke malam aku buatnya, datang jauh-jauh then tak daftar pulak kan pelik tu hahahaha. Then dah tahu tempat nak daftar lepas tanya orang, kalut aku dibuatnya. Berjalanlah aku keseorangan untuk mendaftarkan diri, tulis nama then serahkan borang segala borang yang dia nak aku bagi. Sampailah aku dapat kunci bilik, aku suruh pakcik temankan untuk meninjau bilik aku ni macam mana je, strategik ke tak, hahahaha sebab aku tak ada pengalaman semua ni. Jumpalah seorang roomate aku sorang, tanya juga nama tapi tak ingat dah lepas tanya tu, hahahaha adatlah nak mengingat masa mula-mula ni. Lepastu dah tinjau pergilah makan dulu then baru masukkan barang-barang ke dalam bilik. Betapa beratnya lahai beg-beg yang aku bawak tu naik ke tingkat Aras 2 ni hahahaha.

Masa masukkan barang, aku tak jumpa roomate yang aku jumpa tadi dan tak kenal lagi 2 orang roomate aku. Masa tu tertanya-tanya juga, siapalah roomate aku. Sampaikan siapa yang terserempak kat tangga time nak bawak naik beg fikir 'ni ke roomate aku?' hahahaha. Dah masukkan semua, ada pulak annoucement suruh kumpul kat dewan. Bergegas aku ke dewan and bernasiblah jumpa teman untuk pergi sesama ke dewan nama dia Yan.

Masa kat dewan dengarlah taklimat apa je yang perlu dilakukan malam tu. Then kena keluar pulak pergi bawah sky umbrella, ok jujur masa tu jakun jugak hahahaha. Time kat bawah sky umbrella tu lah baru aku jumpa roomates aku. Even diaorang dah kenalkan nama tapi aku masih lagi tak ingat, blurr... hahaha tak mengapa permulaan kan. Lelama kenal lah jugak.... roomates semua bawah aku, diaorang lepasan Matrik. Tak kisahlah kita kan perpaduan, tak kira usia. So peace...


Gambar : Inilah roomates saya, Suhaida (tudung itam), Hajar (tudung oren), & Diyana (tudung brown)

Malam Universiti Malaysia Kelantan Berselawat

Tarikh : 23 November 2014

Universiti Malaysia Kelantan telah mengadakan malam berselawat sempena Pesta Konvokesyen ( PESKO) 2014, hal ini bertujuan adalah bagi menerapkan pengisian kerohanian dan keagamaan di antara Komuniti Universiti dan Masyarakat Luar. Pendapat saya tentang majlis sebegini haruslah dijalankan pada setiap tahun bagi mengeratkan lagi ukhuwah antara pelajar universiti. Saya menjadikan malam tersebut sebagai pengalaman pertama yang sangat bermakna kerana umat Islam di Universiti Malaysia Kelantan dapat bersama-sama melaksanakan ibadah berselawat ini. 


Gambar : Situasi dimana semua jemaah membaca bacaan Yaasin secara beramai-ramai.



     Gambar : Antara ahli kumpulan Yadeem yang turut bersama-sama membaca bacaan Yaasin

Jom selawat telah dijalankan oleh pihak UMK sendiri serta kerjasama oleh Jawatankuasa Teman. Selawat diketuai oleh ahli kumpulan Yadeem yang dijemput khas untuk bersama-sama dengan para mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan. Majlis yang bersederhana tetapi penuh dengan manfaat. Saya mengharapkan yang lebih untuk majlis tersebut agar dapat sambutan yang menggalakan. In shaa Allah kalau diberi kesempatan.

Tuesday, November 18, 2014

In Memory MH17

  

Malaysia Airlines Penerbangan 17 (MH17 / MAS17) merupakan penerbangan penumpang berjadual antarabangsa dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang terhempas pada 17 Julai 2014, dianggap telah ditembak jatuh, membunuh semua 283 penumpang dan 15 anak kapal. Boeing 777-200ER pesawat terputus hubungan kira-kira 50 km (31 batu) dari sempadan Ukraine-Rusia dan terhempas berhampiran Torez di Donetsk Wilayah, Ukraine, 40 km (25 batu) dari sempadan, atas wilayah dikawal oleh pemisah pro-Rusia.s. Nahas itu berlaku semasa Battle dalam Shakhtarsk Raion, sebahagian daripada perang yang sedang berlangsung di Donbass, di kawasan yang dikawal oleh rifle Rakyat Donbass itu. Menurut sumber-sumber perisikan Amerika dan Jerman, pesawat itu ditembak jatuh oleh pemisah pro-Rusia menggunakan Buk permukaan-ke-udara peluru berpandu yang dilancarkan dari wilayah yang dikawal mereka.. Kerajaan Rusia menyalahkan Kerajaan Ukraine. Keselamatan Lembaga Belanda kini mengetuai siasatan dalam kejadian itu dan mengeluarkan satu laporan awal pada 9 September 2014, satu laporan kemalangan akhir dijangka pada pertengahan 2015.

antara mangsa MH17 (ahli keluarga Tambi Jee)

Pilu dihati mendengar nasib malang terhadap pesawat MH17, walau isu MH370 masih belum berakhir. Hal ini telah menimbulkan perasaan sedih bukan sahaja kepada ahli keluarga MH17 malahan perasaan itu menimpias kepada ahli keluarga MH370. sungguh mengayat hati seluruh rakyat Malaysia yang menerima khabar tersebut. Berikut adalah senarai nama mangsa MH17 :

1. Kapten Wan Amran Wan Hussin, 50, Juruterbang
2. Kapten Eugene Choo Jin Leong, 45, Juruterbang
3. Ahmad Hakimi Hanapi, 29, Pembantu Juruterbang
4. Muhd Firdaus Abdul Rahim, 27, Pembantu Juruterbang 
 5. Mohd Ghafar Abu Bakar, 54, Penyelia Penerbangan
6. Dora Shahila Kassim, 47, Ketua Pramugari
7. Azrina Yakob, 41, Ketua Pramugari
8. Lee Hui Ping, 42, Pramugari
9. Mastura Mustafa, 40, Pramugari
10. Chong Yee Pheng, 40, pramugari
11. Shaikh Mohd Noor Mahmood, 44, Pramugara 
12. Sanjid Singh Sandhu, 41, Pramugara
13. Hamfazlin Sham Mohamed Arifin, 38, Pramugari
14. Nur Shazana Mohamed Salleh, 31, Pramugari
15. Angeline Premila Rajandaran, 30, Pramugari
16. Paul Rajasingam Sivagnanam (L)
17. Mabel Anthonysamy (P)
18. Matthew Yehezkiel Sivagnanam (L)
19. Paul Rajasingam Sivagnanam
20. Shaliza Zaina Dewa (P)
21. Ariza Ghazalee (P)
22. Mohd Afif Tambi (L)
23. Mohd Afruz Tambi (L)
24. Mohd Afzal Tambi (L)
25. Marsha Azmeena Tambi (P)
26. Tambi Jiee
27.  Subashini Jeyaretnam (P)
28. Kaela Maya Jay Goes (P)
29. Karamjit Singh Karnail Singh (L)
30. Mohd Ali Mohd Salim (L)
31. Meling Mula (L)
32.   Ng Qing Zhen (L)
33. Ng Shi Ing (P)
34. Benjamin Lee Jian Han (L)
35. Elisabeth Ng Lye Ti (P)
36. Rahimmah Noor (P)
37. Hasni Hardi Parlan (L)
38. Datin Kaushalya Jairamdass Punjabi (P)
39. Siti Amirah Parawira (P)
40. Siew Poh Tan (P)
41. Elaine Teoh (P)
42. Lee Ming Foo (L)
43. Yau Chee Liew (L)
44. Yeen Kiah Lee (P)